Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Health Advisory During Haze:

 

Following recently observed moderate levels of hazy conditions in some areas in Brunei Darussalam, the Ministry of Health wishes to advise and remind the public to take steps to protect themselves from the effects of haze that can be detrimental to health.

 

Haze is a phenomenon that occurs when fine dust (particle) were dry as dust, smoke and pollute the air. Haze can cause allergic effects (allergy) such as itching on the body, including the eyes, nose and throat that can cause coughing, watery eyes and breathing difficulties.

 

Haze can also adversely affect those suffering from heart disease or chronic lung disease such as asthma (asthma).

 

Measures to protect from the effects of haze on health include:

  1. Avoid being outdoors for long periods of time.
  2. Reduce outdoor activities. If unavoidable, use a suitable face mask to cover your mouth and nose.
  3. Practicing good personal hygiene at all times such as washing face and hands once into the house.
  4. Drink lots of water to avoid dehydration, especially during hot weather.
  5. Using a moisturizing cream or lotion for dry skin.
  6. Using eye drops that has no preservatives (preservative-free eye drops) if your eyes sting.

 

However, if there are symptoms such as prolonged colds, allergies (allergy) and difficulty breathing, the public is advised to seek immediate treatment at health centers nearby or in hospitals.

 

The public is also advised to keep abreast Pollutant Standard Index (PSI) in Brunei Darussalam issued by the Department of Environment, Parks and Recreation at www.env.gov.bn.

 

The Ministry of Health will continue to monitor the haze and will provide information to the public from time to time. Further information can be obtained by calling Talian Darussalam 123 or visiting the Ministry of Health's website at www.moh.gov.bn.

 

 

 -----------------------------------------

 

 

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

 

Berikutan keadaan yang berjerebu di tahap sederhana di beberapa kawasan di Negara Brunei Darussalam pada kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah melindungi diri daripada kesan akibat jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

 

Jerebu ialah satu fenomena yang berlaku apabila debu halus (particle) yang kering seperti habuk, asap dan sebagainya mencemari udara. Jerebu boleh menyebabkan kesan-kesan alahan (allergy) seperti gatal-gatal kepada tubuh badan termasuk mata, hidung dan kerongkong yang boleh menyebabkan batuk, selsema, mata berair dan kesukaran bernafas.

 

Jerebu juga boleh lebih memudaratkan lagi keadaan bagi mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang kronik seperti asma (ampus).

 

Langkah-langkah melindungi diri daripada kesan akibat jerebu terhadap kesihatan termasuklah:

  1. Mengelakkan daripada berada di luar rumah untuk jangkamasa yang lama.
  2. Mengurangkan aktiviti di luar rumah. Jika tidak dapat dielakkan, gunakan penutup muka (face mask) yang sesuai untuk menutup mulut dan hidung awda.
  3. Mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti mencuci muka dan tangan sebaik saja masuk ke dalam rumah.
  4. Banyak meminum air bagi mengelakkan daripadi dehydrasi terutama semasa cuaca panas.
  5. Menggunakan krim atau losyen pelembap bagi kulit yang kering.
  6. Menggunakan cecair titik mata yang tidak mempunyai bahan pengawet (preservative-free eye drops) jika mata terasa pedih.

 

Walau bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda seperti demam selsema berpanjangan, alahan (allergy) dan kesukaran bernafas, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran atau di hospital-hospital.

 

Orang ramai adalah juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pollutant Standard Index (PSI) di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di www.env.gov.bn.

 

Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan akibat jerebu dan akan memberikan maklumat kepada orang ramai daripada semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai kesihatan boleh diperolehi dengan menghubungi Talian Darussalam 123 atau dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn


Attachments