Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI MESYUARAT 9TH APEC HIGH LEVEL MEETING ON HEALTH AND THE ECONOMY (9th APEC HLM)

 

20-21 OGOS 2019, PUERTO VARAS, CHILE

 

1.   Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari 20 negara anggota Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) menghadiri 9TH APEC High Level Meeting on Health and the Economy (9th APEC HLM) yang berlangsung di Puerto Varas, Chile, bermula pada 20 Ogos hingga 21 Ogos 2019.

 

2.   Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan yang juga disertai oleh Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan serta beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

3.   Tema Mesyuarat Tertinggi pada tahun ini ialah "Healthy Economies in an Aging World". Isu-isu berkaitan penuaan sihat (healthy aging) telahpun dibincangkan di dalam beberapa sesi termasuk mengenai dengan mustahaknya tindakan-tindakan dari aspek ekonomi, penyesuaian dan dokongan sistem kesihatan, tindakan APEC di dalam membolehkan pelaburan dan dayatahan kewangan, dokongan digital,  penyelesaian serantau untuk mengatasi keperluan warga emas, tindakan serantau untuk meningkatkan kesejahteraan dan pengurusan penyakit di kalangan warga emas, kolaborasi serantau mengenai demensia serta peranan APEC dalam  mendokong tindakan agenda penuaan global (Global Aging Agenda).

 

4.   Mesyuarat ke Sembilan ini mendapat persetujuan dan kesepakatan negara-negara anggota ekonomi mengenai kaedah-kaedah dalam menangani isu penuaan dan telah meluluskan kenyataan 9th APEC High Level Meeting on Health and the Economy Joint Statement yang antaralainnya menghuraikan persetujuan untuk mempromosi penuaan sihat (healthy aging) di rantau APEC, mengenalpasti pelbagai cabaran kepada kesihatan amnya termasuk kesihatan mental, penyakit berjangkit dan kegemukkan di kalangan kanak-kanak serta cabaran-cabaran pada sistem kritikal dan inovasi seperti kekebalan antimikrobial (Antimicrobial resistance), kesihatan digital (digital health) dan regulatory convergence.

 

 

 

 T A M A T

 

Date                : 21 Zulhijjah 1440 / 22 August 2019

Reference       : KK/PR/2


Attachments