Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI

"CYCLE FOR HEALTH"


(dikemasikini 18.11.16)

Soalan 1Apakah aktiviti "Cycle for Health" ini?
Jawapan

"Cycle for Health"  ialah inisiatif acara berbasikal bulanan yang mula diperkenalkan pada 11 Disember 2016, yang dianjurakan oleh peminat-peminat aktiviti berbasikal di negara ini.

 

Soalan 2Bilakah "Cycle for Health" ini diadakan dan dimana tempat berkumpul?
Jawapan

Diadakan pada salah satu hari Ahad pada tiap-tiap bulan. Bagi aktiviti "Cycle for Health" yang pertama, ianya akan diadaakan pada 11 Disember 2016.

 

Tempat berkumpul:

  • 11 Disember 2016 -  lepak kereta di ILIA, Universiti Brunei Darussalam

 

Soalan 3Apakah laluan-laluan bagi "Cycle for Health"? Dan pukul berapa ianya bermula?
Jawapan

Terdapat dua laluan berbeza bagi acara ini iaitu laluan A dan laluan B.

 

Laluan (Route) -A:

  • Berjarak lebih kurang 99 km
  • Kelajuan (15-20km/hr)
  • Laluan A =  Bermula dari kawasan letak kereta bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam à Muara/Tutong highway à Sungai Basong à Pitstop (PMMPMHAMB Hospital Tutong) à Muara/Tutong highway à Pitstop (UBD) à Lambak flyover à Jln Perindustrian Lambak à Berakas/Serusop à Jln Perdana Menteri àJalan tutup khas menuju ke Bandarku Ceria  à Taman SOAS, BSB
  • Mula bergerak jam: 6:00 pagi 

 

Laluan (Rotute) -B:

  • Berjarak lebih kurang 17 km
  • Kelajuan (15-20km/hr)
  • Laluan B =  Bermula dari kawasan letak kereta bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam à  Tungku highway à   Jejambat menuju ke kompleks bangunan-bangunan kerajaan à Jln Perdana Menteri à  Jalan tutup khas menuju ke Bandarku Ceria à Taman SOAS, BSB
  • Mula bergerak jam: 7:00 pagi 

 

Pengguna-pengguna jalan raya adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama kepada arahan-arahan yang diberikan oleh pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Soalan 4Siapakah yang boleh mendaftar?
Jawapan

Tiada pendaftaran diperlukan. Peminat-peminat berbasikal boleh terus menyertai "Cycle for Health" ini.

 

Soalan 5Dapatkah orang ramai menyertai "Cycle for Health" ini?
Jawapan

Orang ramai yang ingin menyertai acara "Cycle for Health" ini adalah sangat-sangat dialukan.

 

Soalan 6Dimanakah orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai "Cycle for Health" ini?
Jawapan

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau melayari social media Bandarku Ceria.

 

Click here ​for infographic


Attachments