Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

False information on "Dangerous Bumps to Look Out For"

MAKLUMAT PALSU MENGENAI

POSTER "DANGEROUS BUMPS TO LOOK OUT FOR"

 

Berikutan dengan penyebaran maklumat mengenai Benjolan Merbahaya yang Perlu Diambil Perhatian ("Dangerous Bumps To Look Out For")  yang disebarkan melalui aplikasi media sosial Whatsapp yang mana kononnya terdapat beberapa jenis benjolan akibat gigitan atau sengatan serangga dan selainnya, Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh pihak Kementerian Kesihatan, walaupun terdapatnya logo yang mengaitkan poster tersebut kepada Kementerian ini. Logo yang terletak di dalam poster yang dimaksudkan bukanlah logo rasmi Kementerian Kesihatan.  

 

Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya akan maklumat-maklumat dan berita yang disebarkan melalui Internet atau melalui media-media lain seperti Whatsapp, Twitter dan Facebook tanpa memastikan kesahihannya. Seterusnya orang ramai juga diperingatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak turut menyebarluaskan sebarang perkara yang tidak berasas.

 

Perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka oleh mereka yang semata-mata berniat untuk mengelirukan adalah menjadi kesalahan dan boleh dilaporkan di bawah perundangan Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah, yang menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara tiga tahun dan denda sebanyak BND3,000.

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklum balas, orang ramai bolehlah mengunjungi laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

 

Rujukan          : KK/PR/4

Tarikh              : 29 September 2017

Attachments