Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Picture of Paracetemol packaging with incorrect labeling

GAMBAR LABEL PAKET UBAT PARACETAMOL DENGAN MAKLUMAT TIDAK TEPAT YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL

 

Berikutan dengan penyebaran gambar label bagi sejenis ubat jenama Paracetamol dengan maklumat dos yang tidak tepat yang disebarkan melalui aplikasi media sosial Whatsapp baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mengambil serius mengenai perkara ini yang mana maklumat dos pengambilan yang kurang atau lebih boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit.

 

Pembekalan ubat-ubatan untuk setiap pesakit adalah melalui beberapa proses penelitian bagi memastikan maklumat preskripsi adalah betul dan teratur menurut dos yang telah ditetapkan oleh Pegawai Perubatan. Kakitangan Farmasi seterusnya menyemak dos pengambilan ubat dan menerangkan cara memakan dan kekerapan pengambilan ubat-ubatan kepada pesakit. Penyemakan dos ubatubatan yang dipreskripsi pada kebiasaannya akan disemak sebanyak 3-4 kali sebelum ianya diberikan kepada pesakit. Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan para pesakit. Oleh yang demikian, perkara seperti ini adalah tidak sepatutnya berlaku.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan sedang menjalankan penyiasatan yang terperinci ke atas perkara ini dan memohon kerjasama pesakit yang terbabit untuk menghubungi pihak Kementerian Kesihatan di talian 2380485 (pada waktu bekerja) atau Talian Darussalam 123 bagi membantu siasatan. Maklumat peribadi pesakit terbabit akan dirahsiakan.

 

Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai bagi memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa berada di tahap yang menepati ekspektasi pelanggan.

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklum balas, orang ramai bolehlah mengunjungi laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

T A M A T


Rujukan : KK/PR/3 Tarikh : 7 November 2017 / 18 Safar 1439

Attachments