Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Ministry holds dialogue session with Mukim and Village Heads of Brunei & Muara District

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong bagi Daerah Brunei Muara 


Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Penghulu-Penghulu dan KetuaKetua Kampong bagi Daerah Brunei dan Muara diadakan pada hari ini, Sabtu, 6 Rabiulawal 1439 bersamaan 25 November 2017 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. 


Seramai 31 orang Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung dari Mukim Peramu, Mukim Sungak Kebun, Mukim Tamoi, Mukim Mentiri, Mukim Berakas ‘A’, Mukim Pengkalan Batu, Mukim Lumapas, Mukim Kilanas, Mukim Serasa, Mukim Gadong ‘B’, Mukim Sengkurong, Mukim Saba dan Mukim Burong Pingai Ayer menghadiri Sesi Muzakarah tersebut, yang mana diketuai oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Ahli Majlis Mesyurat Negara dan Penghulu Mukim Berakas ‘B’ Zon 1- Daerah Brunei dan Muara. 


Sesi Muzakarah ini dimulakan dengan ucapan mukadimah oleh Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan, selaku Pengerusi Sesi Muzakarah ini. 


Sesi Muzakarah ini diadakan untuk mengongsikan perkembangan inisiatif-inisiatif sistem dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan semenjak dua tahun yang lepas. Selain itu, sesi Muzakrah ini juga mendengarkan isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk di Daerah Brunei dan Muara. Permuzakarah yang diadakan bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang hadir diadakan dalam suasana muhibah dan secara terbuka bagi perkongsian maklumat, pemikiran, pandangan 2 dan cadangan yang sudah setentunya akan memberi manfaat kepada Kementerian Kesihatan dalam usahanya untuk mendalami lagi cabaran-cabaran yang ada bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan demi kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. 


Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama erat dari semua lapisan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran awam (public awareness) tentang kepentingan menjaga kesihatan dan menekankan bahawa kesihatan adalah peranan semua (health is everyone's business). 


Turut hadir di Sesi Muzakarah ini ialah Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Awang Hazri bin Haji Kifle, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.


 - T A M A T - 


Tarikh : 6 Rabiulawal 1439 / 25 November 2017 

Rujukan : KK/PR/3



Attachments