Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Dikir Maulud echoes in Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Mosque

MAJLIS BERDIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM 1439H/2017M

KELOLAAN KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada 27 November 2017 di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong. Majlis Berdikir diketuai oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Dikir Assalaamu'alaika serta Dikir Badat Lana. Majlis kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Dikir Marhaban, Doa Dikir dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Seramai 70 orang warga Kementerian Kesihatan hadir bagi menyemarakkan Majlis Berdikir pada malam ini yang terdiri daripada Yang Mulia Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Awang Hazri bin Haji Kifle, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Fungsi, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta penduduk Kampong setempat.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam serta memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun ini.

 

Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Kesihatan untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam.

 

 

 

-T A M A T-

 

Tarikh : 9 Rabiulawal 1439 / 27 November 2017

Rujukan: KK/PR/3/1


40b76572-074a-454e-a182-022a2a4a2632.jpg

Attachments