Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Dikir Maulud ceremony at Kuala Belait

 


MAJLIS BERDIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM 1439H KELOLAAN
HOSPITAL SURI SERI BEGAWAN


Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada 28 November 2017 di Surau Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Majlis Berdikir diketuai oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Dikir Assalaamu’alaika serta Dikir Bisyahrin. Majlis kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Doa Dikir dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


Seramai 30 orang warga Hospital Suri Seri Begawan hadir bagi menyemarakkan Majlis Berdikir pada malam ini yang terdiri daripada Yang Mulia Haji Zakaria bin Haji Serudin,Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Hospital, serta Kumpulan Berdikir di Hospital berkenaan. Juga turut hadir adalah Ketua-ketua Fungsi, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kesihatan yang dijemput.


Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Hospital Suri Seri Begawan dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun ini, yang juga bertujuan untuk menggalakkan warga hospital tersebut untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasssalam.

-T A M A T-


Tarikh     : 9 Rabiulawal 1439 / 28 November 2017
Rujukan  : KK/PR/3/1
Attachments