Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

PMMPMHAMB Hospital heads Dikir Maulud

MAJLIS BERDIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM 1439H/2017M

KELOLAAN HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA

PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG

 

Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada 29 November 2017 di Surau As Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Majlis Berdikir diketuai oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Dikir Assalaamu'alaika serta Dikir Bisyahrin. Majlis kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Dikir Marhaban, Doa Dikir dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 

Seramai 70 orang warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah hadir bagi menyemarakkan Majlis Berdikir pada malam ini yang terdiri daripada Yang Mulia Dr Awang Hazri bin Haji Kifle, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar), Kementerian Kesihatan,  Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Hospital, serta Kumpulan Berdikir di Hospital berkenaan. Juga turut hadir adalah Ketua-Ketua Fungsi, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kesihatan yang dijemput.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun ini, yang juga bertujuan untuk menggalakkan warga hospital tersebut untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasssalam. 

 

-T A M A T-

 

Tarikh : 10 Rabiulawal 1439 / 29 November 2017

Rujukan: KK/PR/3/1

Attachments