Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Operation Times of Dental Services for Children during the Final Term School Holiday 2017

PEMBUKAAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN KESIHATAN MULUT ASASI BAGI PESAKIT KANAK-KANAK SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN­

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian Bagi Pesakit Kanak-Kanak semasa cuti Penggal Akhir Persekolahan 2017 adalah seperti berikut:



Tarikh:

12 Rabiulawal hingga 13 Rabiulakhir 1439H

bersamaan 1 Disember hingga 31 Disember 2017M 

(kecuali hari Jumaat dan hari Ahad serta hari Kelepasan Awam)


Tempat Pendaftaran:

Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara Lapangan Terbang Lama, Berakas



Pusat Pergigian Negara telah pun memulakan sistem rawatan pergigian secara perjanjian bermula November 2017 untuk memberikan rawatan yang selamat dengan peruntukan masa yang mencukupi, dalam membuat rawatan kepada semua pesakit.

 

Sehubungan dengan itu, rawatan pergigian akan diberi kepada kanak-kanak yang telah membuat perjanjian terlebih dahulu dan rawatan pergigian bagi kanak-kanak yang tiada perjanjian akan diberikan secara aturan mengikut giliran.

 

Walaubagaimana pun, mana-mana pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan pergigian segera seperti sakit gigi atau bengkak, akan diberikan keutamaan.

 

-TAMAT-

Rujukan         : KK/PR/3

Tarikh             : 29 November 2016M / 10 Rabiulawal 1438H

 

 

Attachments