Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Ministry of Health's Maulud Celebration 1439H/2017M


MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALAHU 'ALAIHI WASSALAM BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1439H/2017M


Dalam sama-sama membesarkan dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam pada tahun ini, Kementerian Kesihatan pada hari ini Isnin, 4 Disember 2017 bersamaan dengan 14 Rabiulawal 1439 mengadakan satu sesi Ceramah Khas sempena Maulud Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Md Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan.  



Ceramah Maulud yang bertajuk "Meneladani Kepimpinan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam Menjana Keberkatan dan Kecemerlangan", disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hilman bin Haji Salim, Da'ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). Majlis seterusnya disusuli dengan Dikir Maulud, Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara.

   

 

Turut hadir dalam sama-sama meramaikan majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Ketua-Ketua Fungsi bersama dengan 150 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian tersebut.

 

Acara pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Pejabat Dasar dan Perancangan, Pejabat Teknologi Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan. Majlis tersebut merupakan salah satu acara keugamaan tahunan Kementerian Kesihatan bagi menyemarakkan hari - hari Kebesaran Islam disamping meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala serta syafa'at dari Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dan ahli keluarga Baginda.


-T A M A T-

Rujukan             : KK/PR 4/1

Tarikh                : 14 Rabiulawal 1439 / 4 Disember 2017 

Attachments