Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Cholera outbreak in neighbouring state, Sabah Malaysia

‚Äč

NASIHAT KESIHATAN MENGENAI DENGAN PENYAKIT KOLERA

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat laporan kes penyakit kolera di negara jiran. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan kes kolera di Daerah Papar, Sabah pada bulan Disember 2017.


Penyakit kolera adalah penyakit jangkitan usus yang disebabkan oleh kuman "vibrio cholera" yang merebak melalui makanan dan air yang tercemar. Tanda utama penyakit ini ialah cirit-birit. Selain dari itu, tanda-tanda lain yang mungkin dihidapi termasuk muntah dan sakit perut. Jangkitan kolera yang teruk boleh menyebabkan kekurangan air di dalam badan (dehydration) dan kematian, jika tidak dirawat.


Hasil daripada pemantauan berterusan Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak ada kes penyakit kolera telah dilaporkan di Negara Brunei Darussalam.


Walau bagaimanapun, sebagai langkah waspada dan berjaga-jaga bagi menghindari dari jangkitan penyakit kolera, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kebersihan diri, makanan dan persekitaran yang baik. Orang ramai, khususnya pelancong ke kawasan yang terjejas, adalah disarankan untuk:


  1. Hanya mengunjungi premis menjual makanan ataupun restoran yang mempunyai persekitaran yang bersih;
  2. Elakkan memakan salad ataupun ulam-ulaman yang diragui kebersihannya;
  3. Minum air yang dimasak ataupun air botol (mineral) yang mempunyai "intact seal";
  4. Memastikan makanan dimasak dengan sempurna;
  5. Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan cecair pembersih tangan atau sabun dengan air yang bersih selepas menggunakan tandas dan sebelum makan atau menyediakan makanan;
  6. Berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda penyakit kolera seperti cirit-birit terutama sekali selepas lawatan ke tempat-tempat yang terjejas.

 

Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi yang sedang berlaku di negara jiran dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangannya. Untuk maklumat lanjut mengenai dengan penyakit ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-T A M A T-

Tarikh         : 27 Rabiulawal 1439/ 16 Disember 2017
Rujukan    : KK/PR/3

 

Attachments