Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

All Allied Health Professionals must register with the Allied Health Professions Council of Brunei Darussalam (AHPCBD)

PERINTAH PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, 2017:
Para Profesional Kesihatan Bersekutu Dimestikan untuk Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan

 

1.    Sehubungan dengan perlaksanaan Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam 2017 yang telah berkuatkuasa pada 1 Julai 2017 yang lalu, Kementerian Kesihatan dengan ini mengingatkan para Profesional Kesihatan Bersekutu di negara ini, khususnya yang di separa kerajaan,  pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta untuk mendaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam melalui Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga, Kementerian Kesihatan mulai 1 Januari 2018 hingga 30 Mac 2018.

 

2.    Borang pendaftaran boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan (http://www.moh.gov.bn/SitePages/AHPCBD.aspx). Borang yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga, di Tingkat 2, Kementerian Kesihatan, Jalan Commonwealth Drive, Negara Brunei Darussalam.

 

3.    Sebanyak sembilan belas (19) Profesion Kesihatan Bersekutu akan dikawal selia dalam Perintah tersebut iaitu profesion dalam bidang:

  • Audiologi (Audiology),
  • Klinikal Psikologi (Clinical Psychology) atau Psikologi (Psychology),
  • Makmal Klinikal Sains (Clinical Laboratory Science) atau Makmal Saintifik (Scientific Laboratory Science),
  • Dietetik (Dietetic),
  • Promosi Kesihatan (Health Promotion),
  • Prostetik dan Teknologi Maksilofasial (Maxillofacial Prosthetic and Technology),
  • Kebajikan Perubatan (Medical Social Work),
  • Pemakanan (Nutrition),
  • Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapy),
  • Optometri atau Optisianri (Optometry or Opticianry),
  • Ortoptik (Orthoptics),
  • Paramedik (Paramedics),
  • Fisioterapi atau Pemulihan Anggota (Physiotherapy or Physical Therapy),
  • Podiatri (Podiatry),
  • Prostetik dan Ortotik (Prosthetic and Orthotic),
  • Kesihatan Awam (Public Health),
  • Diagnostik Radiografi atau Terapeutik Radiografi (Diagnostic Radiography or Therapeutic Radiography),
  • Pemulihan Pertuturan dan Bahasa atau Patologi Pertuturan (Speech and Language Therapy or Speech Pathology), dan
  • Kesihatan Pendengaran (Teaching of Hearing Impairment).

      

4.    Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam, 2017 dilaksanakan dengan tujuan untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Perlaksanaan Perintah ini akan menaik taraf Profesion Kesihatan Bersekutu di Negara Brunei Darussalam setara dan memenuhi piawaian antarabangsa bagi memastikan keselamatan para pesakit dan tahap penjagaan kesihatan yang tinggi. Perintah ini juga memastikan para Profesional Kesihatan Bersekutu yang berdaftar adalah kompeten dan cekap dalam melaksanakan bidang tugas masing-masing.

 

5.    Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Kementerian Kesihatan melalui e-mel ahp.council@moh.gov.bn atau Talian Darussalam 123 atau di talian 2381640 sambungan 7632.

 

-TAMAT-

Rujukan               : KK/PR 4/1
Tarikh                 : 10 Rabiulakhir 1439 / 28 Disember 2017


Attachments