Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

The Introduction of the Appointment System at Brunei Muara Vaccination Centre

‚Äč

Sistem Perjanjian di Pusat Suntikan Brunei Muara

 

Kementerian Kesihatan dengan ini memaklumkan bahawa mulai hari Isnin, 15 Januari 2018, Pusat Suntikan Brunei Muara yang bertempat di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Berakas akan memulakan sistem perjanjian kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan suntikan vaksinasi yang diperlukan.

 

Sistem perjanjian bagi perkhidmatan suntikan vaksinasi ini dihasratkan dapat memudahkan orang ramai merancang untuk membuat perjumpaan dan seterusnya dapat mengurangkan waktu menunggu mengikut jadual atau perjanjian yang telah ditetapkan.

 

Kaedah sistem perjanjian ini diperkenalkan disamping perkhidmatan secara walk-in (tanpa perjanjian) yang ada pada masa ini bagi meningkatkan dan mengoptimakan perkhidmatan suntikan vaksinasi di Pusat Suntikan tersebut, yang mana klien yang telah membuat perjanjian awal akan diberikan keutamaan.   

 

Sehubungan dengan ini orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan vaksinasi berkenaan bolehlah membuat perjanjian terlebih dahulu dengan menghubungi talian 2331100/2/3/4 sambungan 5 atau 2086. Waktu beroperasi adalah setiap hari Isnin hingga Khamis dan hari Sabtu, mulai jam 7.45 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang sehingga 3.45 petang.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem perjanjian ini orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123 atau melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn .

 

-T A M A T-

 

Rujukan               : KK/PR 4/1
Tarikh                   : 17 Rabiulakhir 1439 / 4 Januari 2018

Attachments