Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

All Allied Health Professionals (AHPs) are reminded to register with the Allied Health Professions Council of Brunei Darussalam

PERINTAH PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, 2017:
Pendaftaran dengan

Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam

 

1.      Sehubungan dengan perlaksanaan Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam 2017 yang telah berkuatkuasa pada 1 Julai 2017 yang lalu, Kementerian Kesihatan dengan ini mengingatkan para Profesional Kesihatan Bersekutu di negara ini untuk mendaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam melalui Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga, Kementerian Kesihatan tidak lewat daripada 30 Mac 2018.

 

2.      Sebanyak sembilan belas (19) Profesion Kesihatan Bersekutu akan dikawal selia dalam Perintah tersebut iaitu profesion dalam bidang:

 

  • Audiologi (Audiology),
  • Klinikal Psikologi (Clinical Psychology) atau Psikologi (Psychology),
  • Makmal Klinikal Sains (Clinical Laboratory Science) atau Makmal Saintifik (Scientific Laboratory Science),
  • Dietetik (Dietetic),
  • Promosi Kesihatan (Health Promotion),
  • Prostetik dan Teknologi Maksilofasial (Maxillofacial Prosthetic and Technology),
  • Kebajikan Perubatan (Medical Social Work),
  • Pemakanan (Nutrition),
  • Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapy),
  • Optometri atau Optisianri (Optometry or Opticianry),
  • Ortoptik (Orthoptics),
  • Paramedik (Paramedics),
  • Fisioterapi atau Pemulihan Anggota (Physiotherapy or Physical Therapy),
  • Podiatri (Podiatry),
  • Prostetik dan Ortotik (Prosthetic and Orthotic),
  • Kesihatan Awam (Public Health),
  • Diagnostik Radiografi atau Terapeutik Radiografi (Diagnostic Radiography or Therapeutic Radiography),
  • Pemulihan Pertuturan dan Bahasa atau Patologi Pertuturan (Speech and Language Therapy or Speech Pathology), dan
  • Kesihatan Pendengaran (Teaching of Hearing Impairment).

     

3.      Borang pendaftaran boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan. Borang yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga, di Tingkat 2, Kementerian Kesihatan, Jalan Commonwealth Drive, Negara Brunei Darussalam.

 

4.      Oleh yang demikian, tarikh penerimaan pembayaran pendaftaran akan bermula pada 1 Februari 2018. Setelah Majlis meneliti permohonan dan menetapkan jenis pendaftaran, para pengamal berdaftar (registrant) adalah dikehendaki membayar wang tunai sebanyak B$100.00 bagi yuran pendaftaran (sekali sahaja) dan B$50.00 bagi yuran menjalankan amalan tahunan. Pembayaran tersebut boleh dibuat melalui Pejabat Pengurusan Lembaga-Lembaga di mana para pengamal berdaftar (registrant) akan menerima Sijil Pendaftaran (Certificate of Registration) dan Sijil Menjalankan Amalan Tahunan (Annual Practising Certificate).

 

5.      Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam, 2017 dilaksanakan dengan tujuan untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Perlaksanaan Perintah ini akan menaik taraf Profesion Kesihatan Bersekutu di Negara Brunei Darussalam setara dan memenuhi piawaian antarabangsa bagi memastikan keselamatan para pesakit dan tahap penjagaan kesihatan yang tinggi. Perintah ini juga memastikan para Profesional Kesihatan Bersekutu yang berdaftar adalah kompeten dan cekap dalam melaksanakan bidang tugas masing-masing.

 

6.      Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Kementerian Kesihatan melalui e-mel ahp.council@moh.gov.bn atau Talian Darussalam 123 atau di talian 2381640 sambungan 7632.

 

-TAMAT-

 

Rujukan            : KK/PR 4/1

Tarikh              :  8 Februari 2018 / 22 Jamadilawal 1439


Attachments