Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

World Health Day commemorated today at the Dewan Al-'Afiah Ministry of Health

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2018

 

Sabtu, 20 Rejab 1439H bersamaan dengan 7 April 2018, Kementerian Kesihatan mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 di Dewan Al-'Afiah, Commonwealth Drive, Berakas. Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun sebagai salah satu langkah untuk menyebarluaskan maklumat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Tema sambutan Hari Kesihatan Sedunia bagi tahun 2018 ini ialah Liputan Kesihatan Sejagat: Untuk Semua, Dimana-mana (Universal Health Coverage: Everyone, Everywhere).

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

 

Objektif sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 ialah untuk berkongsi status dan cabaran-cabaran Negara Brunei Darussalam dari segi Perlindungan Kesihatan Sejagat.

 

Majlis Sambutan pada pagi ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Faatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Guru Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, diikuti dengan ucapan kata alu-aluan oleh Pengerusi Bersama, Dr Hajah Rafidah bte Haji Gharif, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menyampaikan ucapan dan menyaksikan pameran sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 yang mempamerkan pencapaian kesihatan di Negara ini.

 

Majlis dihadiri oleh seramai 300 orang termasuk Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan,  Kementerian Pendidikan, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung, pelajar-pelajar sekolah menengah, pengamal kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.

 

-T A M A T-

Reference         :           KK/PR/3/1

Date                 :           7 April 2018

 

Attachments