Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Minister of Health attends the 3rd Global Ministerial Summit on Patient Safety

YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK GLOBAL MENTERI-MENTERI MENGENAI KESELAMATAN PESAKIT

KALI KE-3

 

13 – 14 April 2018

Tokyo, Jepun

 

1.    Pada 13 – 14 April 2018, Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Kesihatan telah menghadiri Sidang Kemuncak Global Menteri-Menteri mengenai Keselamatan Pesakit Kali Ke-3 di Tokyo, Jepun. Sidang kemuncak tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen sejagat terhadap penjagaan serta perlindungan keselamatan pesakit.  Seramai 17 Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil daripada 42 Negara serta Pertubuhan-pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan World Bank telah menghadiri sidang kemuncak tersebut.

 

2.    Ketika sesi selama 2 hari tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta rombongan telah menyertai sesi expert summit yang mana pakar-pakar kesihatan bertukar pandangan dan mengongsikan pengalaman khususnya di dalam bidang keselamatan pesakit dari pelbagai perspektif seperti Budaya Keselamatan Pesakit (Patient Safety Culture), Keselamatan Pesakit di kalangan warga emas (Patient safety in ageing society), Keperluan Keselamatan Pesakit dalam pencapaian Penjagaan Kesihatan Sejagat  di Negara-Negara yang berpendapatan rendah dan sederhana (Patient Safety needs for achieving UHC in low- and middle-income countries), Teknologi Infokomunikasi di dalam keselamatan pesakit (Information and communication (ICT) in patient safety) dan  Keselamatan pesakit dari perspektif ekonomi (Economics of Patient Safety). Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah mengongsikan sistem penjagaan kesihatan Negara Brunei Darussalam dan pencapaian Negara Brunei Darussalam dalam memastikan keselamatan pesakit ketika sesi roundtable semasa Ministerial Summit tersebut.

 

3.    Sebagai hasil perbincangan tersebut, Sidang Kemuncak tersebut telah mengesahkan Tokyo Declaration on Patient Safety yang antaralain dihasrat untuk meneguhkan lagi komitmen kepada Tindakan Global Mengenai Keselamatan Pesakit ("Global action on Patient Safety") dengan sentiasa mengutamakan keselamatan pesakit dalam dasar-dasar dan program-program sektor kesihatan disamping meningkatkan usaha ke arah mencapai liputan penjagaan kesihatan yang menyeluruh (Universal Health Coverage). Ianya juga mengistiharkan komitmen untuk mengwujudkan budaya keselamatan dan ketelusan, mendidik dan melatih tenaga kerja dalam penjagaan keselamatan pesakit serta mengongsikan pengetahuan mengenai best-practices dan succesful models. Deklarasi tersebut juga menyokong bagi meraikan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia pada 17 haribulan September setiap tahun.

 

 

-T A M A T-

 

Tarikh         : 14 April 2018

Rujukan       : KK/PR/2

 

Attachments