Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Memorandum of Cooperation signed between Brunei and Japan

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN NEGARA JEPUN MEMETERAI MEMORANDUM KERJASAMA BIDANG PENJAGAAN KESIHATAN

 

14 April 2018

Tokyo, Jepun

 

1.    Negara Brunei Darussalam telah memeterai Memorandum Kerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan pada 14 April 2018 dalam satu majlis yang diadakan di Tokyo, Jepun. Menandatangani Memorandum Kerjasama tersebut, sebagai wakil kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dan bagi pihak negara Jepun, Tuan Yang Terutama Katsunobu Kato, Menteri Kesihatan, Buruh, dan Kebajikan Jepun.

 

2.    Memorandum Kerjasama tersebut mengandungi persetujuan kerjasama dalam bidang-bidang kesihatan antaralain merangkumi perkembangan sumber tenaga manusia dengan menyediakan latihan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan; pertukaran dan perkongsian maklumat dan pengalaman mengenai dasar dan sistem penjagaan kesihatan; pengenalan rawatan-rawatan terkini dalam bidang perubatan, farmasutikal dan peralatan perubatan serta pertukaran maklumat mengenai peraturan pengawalannya; dan kerjasama dalam bidang-bidang kesihatan lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

 

3.    Turut hadir di majlis tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Haji Mohd Hanifah dan Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif.

 

 

-T A M A T-

 

Tarikh         : 14 April 2018

Rujukan       : KK/PR/2

 

Attachments