Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MOH Launches New Ambulances

MAJLIS PELANCARAN AMBULANS-AMBULANS BARU KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Khamis, 21 Syawal 1439H bersamaan 5 Julai 2018M – Majlis Pelancaran 14 buah ambulans-ambulans dan 2 buah ambulans jenis pacuan empat roda (4WD) baru Kementerian Kesihatan diadakan bertempat di kawasan letak kereta Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Kenderaan berkenaan telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nur Asilin bin Haji Awang Puting, Ketua Unit Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menabur bunga rampai dan seterusnya menyaksikan kelengkapan-kelengkapan yang terdapat didalam ambulan-ambulan berkenaan,

 

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abd Latiff, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) dan Yang Mulia Awang Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan.

 

Ambulans-ambulans yang baru ini adalah bagi mengganti 6 buah ambulans yang lama dan seterusnya sebagai tambahan kepada ambulans yang sedia ada.  Dengan adanya tambahan ini, Kementerian Kesihatan kini mempunyai 30 buah ambulan beroperasi disemua daerah dan ditempatkan di 4 buah sub-station.  Dengan bertambahnya ambulan ini, tindakan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan akan lebih sempurna, cepat dan selesa kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

-TAMAT-

 

Tarikh             :  21Syawal 1439 / 5 Julai 2018

Rujukan           : KK/PR 3/1

 

Attachments