Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Temporary Road Junction Closure Inside Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital

SIARAN AKHBAR BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN DAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MENGENAI

 

PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN PERSIMPANGAN DI DALAM KAWASAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

 

1.         Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam memaklumkan berhubung penutupan sementara sebahagian jalan persimpangan di dalam kawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) iaitu di antara Jalan keluar / masuk ke Blok 3, Hospital RIPAS (berdepenan dengan Kantin BKSS Hospital RIPAS) dan Jalan keluar / masuk menuju ke Jeti Hospital RIPAS.

 

2.         Penutupan sementara ini adalah untuk memberi laluan perlaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian dan pelebaraan sebahagian jalan tersebut yang akan berjalan selama beberapa hari bermula dari Hari Jumaat, 13 Julai 2018, jam 2:00 petang, hingga kerja-kerja selesai dijalankan.

 

3.         Bagi memastikan keselamatan orang ramai, adalah dinasihatkan bagi orang ramai mematuhi papan-papan tanda jalan dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan pembinaan. Orang ramai yang berurusan di hospital berkenaan bolehlah  menggunakan perkhidmatan bas ulang alik yang telah disediakan di kawasan letak kereta berdekatan Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah, Kg Kiarong.

 

4.    Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan memohon kerjasama daripada orang ramai untuk berkerjasama serta bertolak ansur sesama pengguna bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

5.    Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn; menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ditalian 2240285 (waktu pejabat); memuat turun aplikasi mudah alih MOHcares; atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

 

Tarikh             : 28 Syawal 1439 /  12 Julai 2018

Reference     : KK/PR/3




LAMPIRAN PETA

PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN PERSIMPANGAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

jalan persimpangan ripas.jpg



 

Attachments