Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

The Ministry Advises on Dubious Health Treatments or Procedures Provided on Social Media

NASIHAT KESIHATAN MENGENAI RAWATAN KESIHATAN ATAU PROSEDUR MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT YANG DIRAGUI YANG DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL

 

Berikutan dengan berleluasanya pengiklanan atau promosi melalui media-media sosial seperti whatsapp, facebook, instagram mengenai beberapa jenis aktiviti yang mencurigakan yang ditawarkan oleh individu-individu yang melibatkan rawatan kesihatan atau prosedur perubatan yang pada lazimnya hanya dipraktikkan oleh profesional kesihatan yang berdaftar dan terlatih di tempat yang tertentu seperti hospital atau klinik, maka Kementerian Kesihatan mengambil berat mengenai dengan perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya mengenai dengan akuan hasil rawatan-rawatan atau prosedur perubatan tersebut.

 

Rawatan atau prosedur yang dilakukan oleh seseorang yang tiada mempunyai kelayakan yang betul, latihan yang berpatutan dengan bidang kerja serta peralatan yang bersesuaian, ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan serta tempat (settings) yang khusus seperti hospital, klinik atau kemudahan kesihatan yang diiktiraf bagi menjalankan mana-mana prosedur perubatan, boleh menjadi risiko kesihatan dan boleh mendatangkan kemudaratan yang serius sehingga boleh menyebabkan jangkitan, kecacatan mahupun kematian.

 

Oleh itu, Kementerian Kesihatan mengambil berat mengenai dengan perkara ini dan ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berwaspada untuk tidak terpengaruh dan terpedaya dengan apa yang dijanjikan atau didakwa yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit. 

 

Mana-mana individu yang tidak bertauliah dan tidak berdaftar dengan majlis/lembaga-lembaga professional kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan yang menjalankan rawatan kesihatan atau prosedur perubatan untuk merawat sebarang masaalah kesihatan atau penyakit adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang berkaitan (Akta-Akta berkaitan Profesional Kesihatan dan/atau Akta Kanun Keseksaan).

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklum balas, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-T  A  M  A  T-

 

Rujukan           : KK/PR/3

Tarikh             : 26 Zulkaedah 1439 / 8 Ogos 2018


Attachments