Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Minister of Health Attends World Cancer Congress 2018

‚Äč    YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI KONGRES KANSER SEDUNIA 2018

01-04 Oktober 2018, Kuala Lumpur, Malaysia

 

Khamis, 24 Muharram 1440H / 04 Oktober 2018 - Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan bersama beberapa orang Pegawai Kanan daripada Kementerian Kesihatan telah menghadiri Kongres Kanser Sedunia pada 01-04 Oktober 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Kongres Kanser Sedunia yang merupakan persidangan antarabangsa adalah sebagai landasan bagi pertukaran pengetahuan dan amalan-amalan terbaik di kalangan lebih 2,500 pakar kawalan kanser dan pakar kesihatan awam daripada lebih 100 negara. Ianya bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pelan tindakan peringkat kebangsaan, serantau dan global menerusi program-program intervensi terkini yang berkesan dalam pencegahan, diagnosis, rawatan dan penjagaan penyakit kanser. Kongres pertama telah diadakan pada tahun 1933 dan mulai tahun 2006, ianya telah dianjurkan setiap 2 tahun.

 

Kongres ini telah didahului dengan World Cancer Leaders' Summit pada 01 Oktober 2018 yang juga telah dihadiri oleh rombongan Kementerian Kesihatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Kongres yang diadakan selama 4 hari ini mengandungi lebih kurang 140 sesi dan melibatkan lebih daripada 500 pakar dan penceramah antarabangsa. 

 

Pada kongres tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk World Cancer Day: Moving beyond awareness to innovating for impact. Ketika sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, antara lain telah mengongsikan usaha Kementerian Kesihatan dalam menggunakan sambutan hari kanser sedunia setiap tahun sebagai landasan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai pencegahan, pengawalan dan rawatan penyakit kanser. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyatakan komitmen Kementerian Kesihatan, dengan penglibatan agensi-agensi Kerajaan lain, sektor swasta dan badan-badan bukan Kerajaan, dalam meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran awam, mengurangkan faktor-faktor risiko serta menyediakan rawatan dan penjagaan yang berkesan bagi penyakit kanser. Turut hadir pada sesi forum tersebut ialah His Excellency Dr Myint Htwe, Menteri Kesihatan Republik Myanmar.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta rombongan juga telah berkesempatan membuat perjumpaan dua hala dengan Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia serta rombongan ketika kongres tersebut, yang mana antara lain telah bertukar maklumat dan membincangkan mengenai hubungan kerjasama dalam bidang kesihatan.

 

-T A M A T-

Tarikh             : 25 Muharram 1440H / 05 Oktober 2018

Rujukan         : KK/PR/2


Attachments