Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Department of Scientific Services Achieves Another Milestone

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AKREDITASI ISO/IEC 17025 UNTUK CAWANGAN-CAWANGAN DI BAWAH JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK, KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Sabtu, 26 Muharram 1440H / 6 Oktober 2018M – Piawaian ISO/IEC 17025: General Requirements for the Competence of Testing and Calibration Laboratories merupakan piawaian khusus bagi makmal-makmal yang menjalankan tugas-tugas ujian dan kalibrasi. Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan kini mencapai satu lagi mercu tanda kejayaan yang mana Jabatan tersebut dianugerahkan akreditasi ISO/IEC 17025 dari Singapore Accreditation Council – Singapore Laboratory Accreditation Scheme (SAC-SINGLAS) bagi dua lagi cawangan makmalnya iaitu Cawangan Madaras dan Cawangan Serasa. Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025 bagi cawangan-cawangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Saintifik diadakan pada hari ini, 26 Muharram 1440H bersamaan 6 Oktober 2018, bertempat di Ruang Legar, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai satu penghargaan ke atas kejayaan Jabatan Perkhidmatan Saintifik di dalam mencapai akreditasi ISO/IEC 17025 tersebut khususnya kepada cawangan-cawangan yang telah menjalani inisiatif penyepaduan baru-baru ini ke dalam Jabatan Perkhidmatan Saintifik.  Di samping itu,  majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan bahawa perkhidmatan yang diperolehi dari Jabatan ini adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui akreditasi ISO/IEC 17025, yang setentunya meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan dan kompetensi kakitangan dalam mengesahkan kualiti penganalisaan yang diberikan.

 

Garis masa bagi penganugerahkan pengiktirafan akreditasi ISO/IEC 17025 kepada cawangan-cawangan di bawah Jabatan Perkhdimatan Saintifik adalah seperti berikut:

Cawangan di bawah Jabatan Perkhidmatan SaintifikBahagian yang terdapat di CawanganGaris Masa Pengiktirafan

 

Cawangan Utama

Kompleks Kementerian Kesihatan

a)      Bahagian Alam SekitarPengiktirafan akreditasi diperolehi sejak 31 Mac 2016
b)      Bahagian Kimia MakananPengiktirafan akreditasi diperolehi semula pada 26 Jun 2018 setelah pengiktirafan akreditasi asalnya sejak 31 Mac 2016 diberhentikan buat sementara pada tahun 2017 semasa inisiatif penyepaduan Makmal Penganalisaan Makanan dilaksanakan

 

Cawangan Madaras

 

 

Bahagian Farmasi

 

Pengiktirafan akreditasi diperolehi pada 26 Jun 2018

 

Cawangan Serasa

 

a)      Bahagian Kimia Makanan

 

Pengiktirafan akreditasi diperolehi pada 26 Jun 2018

b)      Bahagian MikrobiologiPengiktirafan akreditasi diperolehi sejak 31 Mac 2016 semasa masih terletak di Cawangan Utama, dan Cawangan Serasa memperolehi pengiktirafan akreditasi pada 26 Jun 2018

 

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan; Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; Jabatan Perikanan; Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah; Bahagian Pembangunan Industri Halal, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian; Jabatan Perbendaharaan; dan Darussalam Enterprise.

 

- TAMAT –

 

Reference       : KK/PR/3/1

Tarikh              : 26 Muharram 1440 / 6 Oktober 2018

Attachments