Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Reorganisation of Neurology, Neurosurgery & Rehabilitation Services to PJSC

PENYUSUNAN SEMULA PERKHIDMATAN PERUBATAN NEUROLOGI, NEUROSURGERI DAN PEMULIHAN


1.    Kementerian Kesihatan dengan ini memaklumkan kepada orang ramai mengenai pemindahan Perkhidmatan Perubatan Neurologi, Neurosurgeri dan Pemulihan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre, Jerudong (PJSC) bermula hari Isnin, 27 Safar 1440H bersamaan 05 November 2018.

 

2.    Pemindahan perkhidmatan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan ianya dapat dibuat dengan bersistematik dan tersusun.  Dengan pemindahan ini, pakar-pakar akan mula memberikan perkhidmatannya di bangunan PJSC. Setiap pesakit yang mendapat referral dari mana-mana hospital ataupun pusat-pusat kesihatan akan dirawat di PJSC. Walaubagaimanapun, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPASH) masih lagi memberikan perkhidmatan pesakit luar dan dalam kepada sesetengah pesakit yang tidak dapat dipindah ke PJSC atas sebab-sebab yang tertentu seperti pesakit yang memerlukan kepakaran-kepakaran yang lain di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

3.    Orang ramai yang mempunyai perjanjian dengan bahagian berkenaan adalah dinasihatkan untuk mengikut arahan-arahan perjanjian masing-masing sepertimana yang akan dimaklumkan oleh kakitangan kejururawatan di perkhidmatan Neurologi, Neurosurgeri dan Perubatan Rehabilitasi untuk mengesahkan semula tarikh, masa dan tempat bagi jadual perjanjian seterusnya melalui telefon.

 

4.    Untuk pertanyaan lanjut mengenai penetapan semula perjanjian, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di Pantai Jerudong Specialist Centre ditalian 261 3333 sambungan (8)2451 atau e-mel ke enquiries@pjscbrunei.com. Waktu operasi di Pantai Jerudong Specialist Centre bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tenghari serta 2:00 petang hingga 5:00 petang pada hari Jumaat.

5.    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemindahan ini, orang awam boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn; menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ditalian 2240285 (waktu operasi); menghubungi Perkhidmatan Pelanggan di Pantai Jerudong Specialist Centre ditalian 2613333 (waktu operasi); atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

Tarikh: 05 November 2018

Rujukan: KK/PR/4

 

Attachments