Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

International Radiology Day 2018

SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA RADIOLOGI TAHUN 2018

 

Khamis, 30 Safar 1440H bersamaan 8 November 2018 –  Hari Antarabangsa Radiologi disambut pada 8 November setiap tahun. Tarikh ini menandakan ulang tahun penemuan sinar-X pada tahun 1895 oleh Wilhelm Conrad Röntgen. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Radiologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menyambut Hari Antarabangsa Radiologi bagi tahun 2018, yang bertempat di Lobi 5, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Tujuan utama sambutan ini ialah untuk menimbulkan kesedaran yang lebih luas tentang nilai radiologi ke arah penyumbangan penjagaan pesakit dengan cara yang selamat, di samping memberikan pemahaman lanjut mengenai peranan penting Pakar Radiologi serta ahli profesional radiologi dalam penerusan penjagaan kesihatan.

 

Pengimejan perubatan merupakan salah satu disiplin yang sudahpun dikenali ramai. Walau bagaimanapun,  tujuan dan nilai sebenar perkhidmatan ini belum difahami secara meluas. Justeru bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Radiologi pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Radiologi berharap akan dapat mengetengahkan kepada masyarakat - khususnya para pesakit - tentang pengimejan perubatan, dan peranan penting pegawai serta kakitangan radiologi sebagai sebahagian daripada pasukan penjagaan kesihatan dalam senario perubatan yang tidak terkira banyaknya.

 

Aktiviti utama pada sambutan ini ialah pameran khas berkaitan dengan Perkhidmatan Radiologi tersebut, yang dibukakan kepada orang ramai bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

 

-TAMAT-

 

Rujukan: HRIPAS/QPM/09/13

Tarikh: 30 Safar 1439 / 8 November 2018


Attachments