Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Khatam Al-Quran, Doa Kesyukuran Ceremony in Conjunction of SSB Hospital's 46th Anniversary

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN SEMBAHYANG ASAR BERJEMAAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HOSPITAL SURI SERI BEGAWAN, KUALA BELAIT KE-46 TAHUN

 

Sejak tahun 1972, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah berkembang maju dalam pelbagai aspek dari segi perkhidmatan dan penyediaan kemudahan untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang efisien, efektif dan berkualiti tinggi kepada orang ramai khususnya  bagi penduduk di Daerah Belait.

 

Dalam pada itu, Hospital Suri Seri Begawan hari ini, Khamis, 8 November 2018 mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Doa Selamat dan Sembahyang Asar Berjemaah sempena Sambutan Ulang Tahun Hospital tersebut yang ke 46 tahun di Dewan Serbaguna, Hospital Suri Seri Begawan. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Majlis Khatam Al-Quran didahului dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai, diikuti dengan doa khatam dan doa kesyukuran yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Mohd Ali Omar bin Hj Md Yusof, Ketua Guru Ugama, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan seterusnya Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Hj Zulaidi bin Hj Abd Laitf,  Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan,  Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan serta pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.

 - T A M A T   -

 

Tarikh: 30 Safar 1440H / 8 November 2018M

Rujukan: KK/PR/3/1

Attachments