Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Universal Children’s Day

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

(UNIVERSAL CHILDREN'S DAY) 2018

 

Rabu, 13 Rabiulawal 1440H bersamaan 21 November 2018 –   Hari Kanak-Kanak Sedunia (Universal Children's Day) jatuh pada setiap 20 November. Hari Kanak-Kanak Sedunia telah diistiharkan oleh Bangsa–Bangsa Bersatu (United Nations) pada tahun 1954, dan ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap hal ehwal kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melalui Perkhidmatan Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 pada hari ini 21 November 2018, bertempat di Klinik Pediatrik, Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Objektif utama Perkhidmatan Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menyahut sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini ialah untuk menghiburkan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Perkhidmatan Pediatrik dengan beberapa aktiviti yang telah di rancang, seperti aktiviti mewarna, sesi begambar dan hiburan bersama maskot-maskot, "face painting" dan penyampaian hamper kepada pesakit kanak-kanak di Klinik Pediatrik. Sambutan ini dibukakan kepada pesakit kanak-kanak serta ibu bapa dan penjaga mereka bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang.

 

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini diharapkan akan dapat memberi kesedaran dikalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak, di samping memastikan mereka dapat berkembang menjadi orang dewasa yang sihat dan bahagia.

 

-TAMAT-

 

Rujukan: HRIPAS/QPM/09/13

Tarikh: 13 Rabiulawal 1440 / 21 November 2018


Attachments