Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Dental Services During School Holidays

‚ÄčPENGUMUMAN MEDIA

 

PEMBUKAAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN KESIHATAN MULUT ASASI BAGI PESAKIT KANAK-KANAK SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan akan membuka Perkhidmatan Pergigian Bagi Pesakit Kanak-Kanak semasa cuti persekolahan Penggal III 2018 pada tarikh dan tempat berikut:

 

TARIKHTEMPAT PENDAFTARANWAKTU PENDAFTARAN

 

1 Disember 2018M

hingga

31 Disember 2018M

bersamaan

23 Rabiulawal 1440H hingga

23 Rabiulakhir 1440H

 

(kecuali hari Jumaat, Ahad serta hari-hari Kelepasan Awam)

 

 

 

Tingkat 1, Blok A,

Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas

 

7.45 pagi hingga

10.00 pagi

dan

1.30 petang hingga

3.00 petang

 

(waktu pendaftaran akan ditutup di sebelah pagi

selepas jam 10:00 pagi

dan

ditutup di sebelah petang selepas jam 3:00 petang)

 

Untuk makluman orang ramai, pendaftaran ditutup pada jam yang telah dinyatakan di atas untuk membolehkan:

  • Perawat memberi rawatan pergigian kepada para pesakit yang masih menunggu untuk dipanggil menerima rawatan;
  • Mengemaskini catitan rekod rawatan ke dalam sistem Bru-HIMS; dan
  • Pensterilan kerusi pergigian dan alat perkakas pergigian.

 

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di Klinik-Klinik Pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan. Orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

-TAMAT-

 

Rujukan          : KK/PR/3

Tarikh              : 27 November 2018M / 19 Rabiulawal 1440H


Attachments