Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Fire Drill At Suri Seri Begawan Hospital, Kuala Belait

‚ÄčLATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

DI HOSPITAL SURI SERI BEGAWAN, KUALA BELAIT

 

Khamis, 21 Rabiulawal 1440H | 29 November 2018M - Dalam usaha berterusan untuk lebih peka kepada kepentingan keselamatan khususnya dalam situasi kebakaran dan kecemasan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Belait, telah mengendalikan satu latihan kebakaran dan kecemasan di Hospital Suri Seri Begawan pada pagi hari Isnin 27 November 2018 bersamaan dengan 19 Rabiulawal 1440.

Senario latihan kebakaran dan kecemasan bermula tepat pada jam 9.45 pagi apabila bunyi siren lonceng kecemasan diaktifkan di Tingkat Bawah Hospital berkenaan.

Di antara objektif latihan tersebut diadakan adalah bagi menguji kecekapan dan kepantasan pihak hospital dalam bertindak dan menangani situasi kebakaran secara optima mengikut piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selain itu, melalui latihan praktikal ini juga diharapkan ianya akan dapat memperbaiki tatacara komunikasi yang efisen di antara fire marshall yang dilantik, dengan kakitangan hospital yang lain. Ini juga di samping meningkatkan lagi kapasiti kemahiran dalam penggunaan peralatan kebakaran dan kelengkapan keselamatan serta keupayaan untuk memberi bantuan menyelamat terutama sekali kepada pesakit-pesakit yang berada di hospital berkenaan jika ada berlakunya sebarang insiden kebakaran dan selainnya.  

 

-T A M A T-

 

 Rujukan       : KK/PR/3

 Tarikh          : 27 November 2018M / 19 Rabiulawal 1440H

Attachments