Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MOH Celebrates Maulidur Rasul 1440 Hijrah

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI TAHUN 1440H / 2018M

Setiap tahun Kementerian Kesihatan akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam. Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam Peringkat Kementerian Kesihatan anjuran Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1440H/2018M diadakan pada hari ini, Sabtu, 23 Rabiulawal 1440 bersamaan 1 Disember 2018 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Md Emarrul bin Haji Azamain, Guru Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Acara diteruskan dengan ceramah khas yang bertajuk “Tarbiyah Rasullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga” disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Md Yussof bin Haji Abd Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis seterusnya diserikan dengan Dikir Marhaban oleh kumpulan dikir Kementerian Kesihatan, diketuai oleh Yang Mulia Haji Zaman bin Timbang.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pengarah-Pengarah, Pegawa-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

-TAMAT-



Tarikh : 23 Rabiulawal 1440 / 1 Disember 2018
Rujukan : KK/PR3/1



Attachments