Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Certificate of Appreciation to MoH Retirees

‚ÄčMAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERSARAAN DAN CENDERAHATI KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN YANG BERSARA BAGI TAHUN 2017

 

Khamis, 21 Rabiulawal 1440H | 29 November 2018M - Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Persaraan dan Cenderahati bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan yang bersara bagi tahun 2017 pada hari ini, Khamis, 29 November 2018, bertempat di Dewan Al-'Afiah Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Sufrian bin Haji Omar, Guru Ugama, Jabatan Perkhidmatan Renal dan diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa bakti para pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan dalam bidang tugas masing-masing.

 

Seramai 124 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang bersara wajb pada tahun 2017 dan 6 orang bersara awal telah menerima sijil penghargaan dan cenderhati tersebut.

 

Juga turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pengarah-pengarah, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 - T A M A T     -

 

Tarikh         : 21 Rabiulawal 1440H / 29 November 2018M

Rujukan       : KK/PR/3/1


Attachments