Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Celebrates World Braille Day 2019

SAMBUTAN HARI BRAILLE SEDUNIA 2019

HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

 

Bandar Seri Begawan, Sabtu 28 Rabiulakhir 1440H / 5 Januari 2019 – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini, mengadakan Sambutan Hari Braille Sedunia 2019 bertempat di ruang legar Pusat Mata, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Majlis Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tulisan Braille sebagai bahasa bertulis bagi mereka yang mempunyai masalah kurang upaya penglihatan. Disamping itu juga, dalam Majlis Sambutan ini, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan maklumat, nasihat dan menambah ilmu pengatahuan mengenai masalah mata dan cara penjagaan mata yang baik.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abd Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting. Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Tetamu Kehormat dan diselajurkan dengan Tetamu Kehormat sendiri memulakan sesi pemeriksaan mata dan menyaksikan pameran.

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Mulia Saidah binti Haji Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

-TAMAT-

 

Rujukan           : KK/PR 4/1

Tarikh             : 28 Rabiulakhir 1440 / 5 Januari 2019

Attachments