Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Reopening of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital's Slip Road

PEMBUKAAN AKSES JALAN SUSUR

HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

 

1.               Kementerian Kesihatan sukacita memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada pengunjung-pengunjung Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bahawa jalan susur dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menuju ke Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan mula dibuka semula pada hari Isnin, 22 Jamadilawal 1440H bersamaan 28 Januari 2019M, bermula jam 8.00 pagi. Penambahbaikan jalan berkenaan telah mula dilaksanakan pada 12 Julai 2018 bagi menjalani perlaksanaan kerja-kerja perlindungan cerun dan pelebaran sebahagian jalan yangmana menelan belanja sejumlah kira-kira $2.7 Juta Brunei.

 

2.               Dengan siapnya jalan susur berkenaan, adalah diharapkan kesesakan aliran keluar masuk kenderaan dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan dapat ditangani. Dalam kesempatan ini, adalah diingatkan kepada orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat laluan jalan dan jalan susur bagi memudahkan kenderaan-kenderaan kecemasan termasuk kenderaan bomba untuk melalui jalan berkenaan jika berlakunya sebarang kecemasan.

 

3.        Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn; Facebook/Instagram @MOHBrunei, menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ditalian 2240285 (waktu pejabat); atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

Rujukan    : KK/PR/3

Tarikh       : 27 Januari 2019M / 21 Jamadilawal 1440H

 


Attachments