Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

DENTAL Infection Control Symposium 2019

MAJLIS PELANCARAN DENTAL INFECTION CONTROL SYMPOSIUM 2019 SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA 2019 BAGI PERKHIDMATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN

 

Ahad, 03 Rejab 1440H bersamaan dengan 10 Mac 2019M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Pelancaran Dental Infection Control Symposium 2019 bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2019, bertempat di Dewan Al-A'fiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham Bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Timbalan–Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah berserta dengan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

 

Tema bagi Simposium ini ialah 'Keep Calm, Safety First', di mana ianya memberi penekanan terhadap kepentingan dalam aspek keselamatan semasa memberikan perkhidmatan dan rawatan pergigian kepada pesakit dan juga  bagi semua Profesional Pergigian yang memberi rawatan. Jangkitan Silang (cross infection) dapat dikawal dengan mempraktikkan budaya kerja Safety First. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para Profesional Pergigian mengenai kepentingan bagi pengawalan jangkitan silang khususnya di Klinik - Klinik Pergigian Kerajaan di seluruh negara melalui kaedah-kaedah seperti pensterilan peralatan pergigian, pembersihan dan pembasmian kuman (disinfection) persekitaran dan lain-lain aspek asas seperti pencucian tangan dan pengunaan kelengkapan perlindungan peribadi (Personal Protective Equipment).

 

Pada simposium kali ini, Yang Berhormat, Menteri Kesihatan juga berkesempatan untuk melancarkan buku rujukan 'Dental Infection Control Manual' untuk diagih-agihkan kepada Pegawai- Pegawai Pergigian in-charge di setiap Klinik Pergigian Kerajaan di seluruh negara dan seterusnya menyaksikan pameran yang mengetengahkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pergigian seperti perkhidmatan pakar Pedodontik, Periodontik, Ortodontik, Endodontik, Prostodontik, Implan, Pembedahan Oral, Perkhidmatan bagi  Warga Berkeperluan Khas, Penjagaan Mulut Asasi dan Promosi Kesihatan Mulut.

 

Seramai lima orang penceramah yang terdiri daripada Pakar dan Pegawai Pergigian tempatan telahpun dijemput untuk menyampaikan ceramah. Simposium ini dihadiri oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian, Juruteknik Pergigian dan Pembantu Pergigian yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan.

-T A M A T-

 

Tarikh             :  03 Rejab 1440 H / 10 Mac 2019 M

Rujukan           : PERGIGIAN/PPN/1183/2012/74P


Attachments