Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

KHATAM Al-Quran Ceremony for The Department of Nursing Services

‚ÄčMAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI JURURAWAT DAN

BIDAN ANTARABANGSA TAHUN 2019

 

Selasa, 8 Ramadhan 1440 / 14 Mei 2019 - Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2019 pada hari ini, bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Seramai 120 orang jururawat daripada Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan menyertai majlis khatam tersebut. Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan seterusnya disusuli dengan bacaan Takhtim beramai-ramai. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban sempena meraikan pengislaman empat orang saudara-saudara baru dari warga Perkhidmatan Kejururawatan iaitu Awang Muhammad Rayyan Zahwan bin Muhammad Hamzi Hafiz; Awang Muhammad Amirul Amirizan bin Moksin; Awang Muhammad Bon Al-Hakeem bin Abdullah Paduata; dan Dayang Arisha Maria binti Muhammad Melayong. Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baru dan penyampaian derma kepada 33 orang anak-anak yatim yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Majlis diakhiri dengan Doa Khas dan Doa Selamat sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2019 oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Yang Mulia Pg Dr Haji Md Khalifah bin Pg Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, pengarah-pengarah, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 - T A M A T   - 

Tarikh: 8 Ramadhan 1440H / 14 Mei 2019M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments