Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MOH holds Nuzul Al-Quran and Khatam Al-Quran Event

‚Äč

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DISELAJURKAN DENGAN KHATAM AL-QURAN BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI TAHUN 1440H/2019M

 

Isnin, 28 Ramadhan 1440 bersamaan dengan 3 Jun 2019 - Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Khatam Al-Quran bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1440H bersamaan 2019M bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Tujuan majlis diadakan ialah untuk membudayakan dan mengamalkan membaca al-Quran sebagai amalan berterusan dalam kehidupan seharian; memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini; dan merapatkan hubungan silaturrahim, kemesraan dan keakraban semua pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Keugamaan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Satu ceramah ugama yang bertajuk "Al-Quran sebagai Petunjuk bagi Manusia", disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, penceramah undangan dari  Al-Minhaj Centre dan Da'ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh  Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan seterusnya disusuli dengan bacaan Takhtim beramai-beramai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

-TAMAT-

 

Tarikh              : 28 Ramadhan 1440 / 3 Jun 2019

Rujukan           : KK/PR/3/1


Attachments