Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

SURI Seri Begawan Hospital conducts Tahlil and Donations for Orphans

MAJLIS TAHLIL DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM HOSPITAL SURI SERI BEGAWAN
SEMPENA BULAN RAMADHAN 1440H/2019M

 

Selasa, 29 Ramadhan 1440 / 4 Jun 2019 - Hospital Suri Seri Begawan, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Tahlil dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, bertempat di Dewan Serbaguna, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

Tetamu Kehormat di Majlis ini ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, diikuti dengan Bacaan Tahlil serta Doa Arwah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Ali Omar bin Haji Yusof, Ketua Guru Ugama, Hospital Suri Seri Begawan.

 

Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian derma kepada 11 orang anak yatim daripada warga kakitangan Kementerian Kesihatan di Daerah Kuala Belait oleh Tetamu Kehormat Majlis, dan diakhiri dengan Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim ini merupakan salah satu aktiviti muhibbah tahunan yang diadakan di hospital tersebut dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, disamping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital Suri Seri Begawan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

-TAMAT-


Tarikh              : 29 Ramadhan 1440H / 4 Jun 2019

Rujukan           : KK/PR/3/1 

Attachments