Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

RUN for life 2019

ACARA RUN FOR LIFE 2019
ANJURAN BERSAMA PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR BIUS
NEGARA BRUNEI DARUSALAM
DAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA


Bandar Seri Begawan, Ahad 25 Syawal 1440H / 30 Jun 2019 – Persatuan Doktor-Doktor Bius Negara Brunei Darussalam dan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini, mengadakan Acara 'Run for Life 2019' bertempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

Acara ini adalah bertujuan untuk menjayakan Kongres Doktor-Doktor Bius yang akan berlangsung pada bulan September 2019 di Negara Brunei Darussalam nanti yang mana akan menumpukan pada isu-isu yang berkaitan dengan amalan harian doktor-doktor bius, perkembangan terkini dan keperluan para pesakit.

 

Selain itu, sebahagian daripada hasil pendaftaran dan pembelian baju 'Run for Life 2019' akan disumbangkan kepada Dana Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha khasnya bagi membantu para pesakit yang kurang mampu membeli peralatan perubatan agar dapat meneruskan rawatan / terapi di rumah, sesuai sebagaimana lazimnya dibuat dalam bulan Ramadhan, Syawal dan seterusnya yang mana diharapkan sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.

 

Hadir bagi menyempurnakan acara tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan senaman pemanasan badan dan seterusnya Tetamu Kehormat merasmikan pelepasan larian mengikut Kategori masing-masing iaitu Kategori Terbuka Wanita 10KM; Kategori Terbuka Lelaki 10KM; dan Kategori 'Fun Run and Ride' 3KM. Seramai 420 orang turut serta dalam acara 'Run for Life 2019' ini.

 

Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional); Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Yang Mulia Pg Dr Haji Md Khalifah bin Pg Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perubatan dan Kesihatan; pengarah-pengarah, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

-TAMAT-

Rujukan           : KK/PR 4/1

Tarikh             : 25 Syawal 1440H / 30 Jun 2019

Attachments