Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

WORLD Breastfeeding Week 2019

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2019

 

Sabtu, 9 Zulkaedah 1440 / 10 Ogos 2019- Sempena minggu penyususuan susu ibu yang disambut setiap 1 Ogos, Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan;  Yang Mulia Dr. Awang Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; pengarah-pengarah; beserta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan.

 

Tema sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia (PSI) Sedunia bagi tahun 2019 ialah 'Memperkasa Ibu Bapa, Membolehkan Amalan Penyusuan Susu Ibu' (Empower Parents, Enable Breasfeeding). Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 menekankan tiga peranan utama bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan PSI, iaitu; Dasar-dasar dan undang-undang bagi melindungi kebajikan ibu bapa; Tempat kerja yang mesra ibu bapa samaada dalam sektor pekerjaan formal dan tidak formal; dan Nilai-nilai mesra ibu bapa dan kesaksamaan dalam keibubapaan (parenting).

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan doa selamat. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan kemudiannya ucapan pelancaran daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan seterusnya melancarkan majlis sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019, diselajurkan dengan pelancaran Buku 'The Code of Practice for Health Workers on Ending Inappropriate Marketing of Foods and Related Products For Infants and Young Children (0-5 years) in Brunei Darussalam.'

 

Pada majlis ini juga diisikan dengan penyampaian khas (Keynote Presentation) yang bertajuk "Protecting Infant Health - The Health Worker's Code" oleh Yang Mulia Dr Hajah Rohayati binti Haji Mohd. Taib, Konsultan Pediatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, diikuti dengan sesi perkongsian pengalaman memberikan penyusuan susu ibu (PSI) oleh sepasang ibu bapa iaitu Yang Mulia Dk. Nurchichi Tia Dewi binti Pg. Hj Chuchu dan Yang Mulia Awang Yasir bin Haji Ahmadiah.

 

Majlis seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada penyampai khas dan ibu bapa yang mengongsikan pengalaman PSI disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, yang kemudiannya dijemput untuk menyaksikan pameran pada majlis tersebut.

 

Seramai 400 orang hadir yang terdiri daripada ibu-ibu mengandung dan suami, ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, penuntut-penuntut insitusi pengajian tinggi, Ahli-Ahli Persatuan Majlis Wanita, kumpulan HAWA dan PENJURU serta kakitangan di Kementerian Kesihatan.

-TAMAT-

 

Rujukan         : KK/PR 3/1

Tarikh            : 9 Zulkaedah 1440 / 10 Ogos 2019


Attachments