Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

OFFICIAL Launching of the ‘Workplace and Health’ (WAH) Programme for 2019-2020 Session

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM WAH 'WORKPLACE AND HEALTH' (WAH) SESI 2019-2020

25 Zulhijjah1440H bersamaan 26 Ogos 2019M  - Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Gleneagles JPMC Sendirian Berhad mengadakan Majlis Pelancaran Program Workplace and Health (WAH) sesi 2019-2020 pada hari ini, Isnin 25 Zulhijjah1440H bersamaan 26 Ogos 2019M bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.  Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Program WAH adalah program kolaborasi Private Public Partnership (PPP) diantara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesiahtan dan Gleneagles JPMC bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan pemakanan sihat, bebas dari rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik.  Ia turut bertujuan untuk mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu "Workplace Health Promotion Programe (WHPP)" di semua Kementerian menjelang akhir tahun 2021.

 

Manfaat yang akan diperolehi dari Program WAH ini adalah:

  • Meningkatkan dan memperluaskan lagi pengetahuan dan kecekapan mengenai gaya hidup sihat khususnya di tempat kerja; dan
  • Mempromosi kegiatan fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan menyumbang kepada kesejahteraan yang positif.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa selamat dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Yang Mulia Dr Hj Zulaidi bin Hj Abd Latif, Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan.  Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan perasmian serta Pelancaran Program WAH oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Menteri Kesihatan.  Tetamu Kehormat juga menyaksikan tayangan klip video mengenai "Workplace and Health Programme" dan menyampaikan peralatan-peralatan timbangan Body Mass Index (Indeks Jisim Badan) dan tekanan darah kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Turut hadir semasa Majlis pelancaran program WAH ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Kesihatan; dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, serta Timbalan-Timbalan Setiausha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari kementerian-kementerian dan Gleneagles JPMC.

 

Program WAH merangkumi beberapa komponen seperti:

  • Sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal, khususnya, bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index);
  • Sesi pendidikan kesihatan melalui beberapa buah bengkel mengenai risiko penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, amalan pemakanan sihat, asas senaman dan kegiatan fizikal, bahaya merokok dan langkah-langkah berhenti merokok serta langkah-langkah menangani stres; dan
  • Sesi senaman berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang diketuai oleh studio kecergasan.


Selain daripada itu, Tetamu Kehormat majlis juga menyaksikan pameran kesihatan serta meninjau pemeriksaan kesihatan yang telah disediakan. 

 

Sebuah perjanjian memorandum persefahaman diantara Kementerian Kesihatan dengan Gleneagles JPMC Sendirian Berhad telah dimeterai pada 12 Sya'ban 1440H bersamaan dengan 18 April 2019 lalu di Bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Jerudong bagi Program "Workplace And Health" (WAH) ini dengan usahasama Private Public Partnership (PPP).


-TAMAT-

 

Tarikh             : 25 Zulhijjah1440H bersamaan 26 Ogos 2019M  Rujukan           : KK/PR 3/1

Attachments