Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MoH Holds Religious Ceremony To Mark Maulidur Rasul

‚ÄčMAJLIS BERDIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM BAGI TAHUN 1441H / 2019M

 

Sabtu, 5 Rabiulawal 1441H / 2 November 2019M - Sempena menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H / 2019M, pada malam ini rombongan daripada Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.

 

Rombongan Kementerian Kesihatan diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh ketua rombongan dan diteruskan dengan bacaan Dikir Syarafil Anam yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Nor Asilin bin Haji Puting. Majlis kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isya berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Haji Khairul Nizam bin Haji Mohd Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid bagi Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

 

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Haji Abdul Manap bin Othman, Setiusaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abd Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pengurusan), Pegawai-Pegawai Kanan, kakitangan dan Kumpulan Berdikir Kementerian Kesihatan. Juga turut hadir adalah ahli-ahli takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen serta penduduk Kampong berkenaan.

 

Majlis ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Kesihatan untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, di samping menzahirkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam.

 

Rombongan Kementerian Kesihatan akan meneruskan Majlis Dikir berkenaan di Masjid Universiti Brunei Darussalam pada hari Khamis, 7 November 2019.

 

- T A M A T -

 

Tarikh: 5 Rabiulawal 1441H / 2 November 2019M

Rujukan: KK/PR/3/1

Attachments