Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MOH Badminton Championship 2019 Officiated

KEJOHANAN BADMINTON KEMENTERIAN KESIHATAN & JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2019

17-30 November 2019


Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam mengadakan Kejohanan Badminton Kementerian Kesihatan & Jabatan-Jabatan di bawahnya. Hari ini, Ahad, 20 Rabiulawal 1441H bersamaan 17 November 2019, Majlis Pembukaan Kejohanan Badminton tersebut diadakan di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Haji Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

 

Kategori Kejohanan dibahagikan kepada beregu campuran Bahagian I/II, beregu lelaki terbuka 1, beregu  lelaki terbuka 2, beregu wanita terbuka 1 dan beregu wanita terbuka 2. Antara jabatan-jabatan yang ikut bertanding dalam kejohanan ini adalah Kementerian Kesihatan (ibu pejabat); Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait; Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong; Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong; Jabatan Perkhidmatan Makmal; Jabatan Perkhidmatan Farmasi; dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian. Seramai 150 orang peserta dari jabatan-jabatan berkenaan telah mendaftar bagi menyertai Kejohanan Badminton tersebut.

 

Orang ramai khususnya warga Kementerian Kesihatan adalah dialu-alukan untuk menyokong dan menyaksikan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Kementerian Kesihatan & Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 

Turut hadir ke Majlis Pembukaan tersebut ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Pengarah-Pengarah serta Pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kesihatan.

 

 

-T A M A T-

 

Tarikh: 20 Rabiualawal 1441 / 17 November 2019

Rujukan: KK/PR/3 


Attachments