Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Two Bruneians From Wuhan Safely Evacuated

DUA WARGA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARI WUHAN, REPUBLIK RAKYAT CHINA SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

 

14 Jamadilakhir 1441 bersamaan 8 Februari 2020 – Penerbangan Diraja Brunei dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Rakyat China dan Jabatan Penerbangan Awam telah menjalankan Operasi Evakuasi bagi dua orang warga Negara Brunei Darussalam dari Wuhan, Wilayah Hubei, Republik Rakyat China pada hari Jumaat, 13 Jamadilakhir 1441 bersamaan 7 Februari 2020 menggunakan pesawat khas Penerbangan Diraja Brunei.

 

Operasi Evakuasi tersebut yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 4.52 petang itu berjaya dilaksanakan dan kedua warga Negara Brunei Darussalam tersebut telah selamat kembali ke tanah air pada hari Sabtu, 14 Jamadilakhir 1441 bersamaan 8 Februari 2020 jam 2.45 pagi.

 

Sejurus tiba ke tanah air, kedua-dua warga Negara Brunei Darussalam tersebut – seorang penuntut dan seorang pelancong – didapati dalam keadaan sihat, dan dibawa terus ke Pusat Pengasingan Kebangsaan bagi menjalankan pemeriksaan rapi selanjutnya. Kedua-dua mereka akan menjalani pengasingan selama sekurang-kurangnya selama 14 hari di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

 

Kepulangan kedua-dua warga Negara Brunei Darussalam dan krew Operasi Evakuasi disaksikan oleh Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan: dan Yang Mulia Pengiran Haji Saiful Rizal bin Pengiran Haji Razali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

 

 

 

-          T A M A T   -

 

 

Tarikh: 14 Jamadilakhir 1441H / 8 Februari 2020M

Rujukan: KK/PR/3


Attachments