Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

THE Presentation Of Certificates Of CPR, AED Machine And First Aids Kit

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) SERTA PENYAMPAIAN MESIN AED DAN FIRST AIDS KIT BAGI PENDUDUK KAMPONG MUKIM LABI DAN MUKIM BUKIT SAWAT

 

14 Jamadilakhir 1441 bersamaan 8 Februari 2020 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Pertolongan Cemas dan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta Penyampaian Mesin AED dan First Aids Kit bagi penduduk-penduduk kampong Mukim Labi dan Mukim Bukit Sawat pada hari ini, yang diadakan di Dewan Serbaguna, Mukim Bukit Sawat.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Seramai 52 orang telah mengikuti dan menamatkan Latihan Pertolongan Cemas dan CPR ini yang mana seramai 25 orang adalah dari penduduk kampong Mukim Labi dan seramai 27 orang adalah dari penduduk kampong Mukim Bukit Sawat. Latihan tersebut mula diadakan pada 1 Februari 2020 yang lalu dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Program latihan ini diadakan di Dewan Serbaguna, Mukim Bukit Sawat dan merupakan inisiatif berbentuk jangkauan masyarakat (community outreach) yang berperanan untuk memberigakan kepentingan serta kecekapan dalam ilmu pertolongan cemas dan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Matlamat utama program latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta melahirkan lebih ramai masyarakat terutamanya penduduk kampong yang berilmu dan sentiasa bersedia serta berupaya mengendalikan kes-kes kecemasan pada bila-bila masa.

 

Pada Majlis hari ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan sijil-sijil penamatan program latihan kepada peserta-peserta, pengajar-pengajar dan para penyelaras bagi Program Latihan Pertolongan Cemas dan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) bagi penduduk kampong Mukim Labi dan Mukim Bukit Sawat. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah menyampaikan derma bagi beberapa set First Aid Kit dan Automated External Defibrillator (AED) kepada wakil-wakil peserta dari Mukim Labi dan Mukim Bukit Sawat.

 

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Pemangku Penghulu Mukim Labi; Yang Mulia Haji Abdul Manap bin Haji Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait; Yang Mulia Awang Haji Mohd Salleh bin Othman, Penghulu Mukim Bukit Sawat; Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan serta kakitangan Kementerian Kesihatan.

 - T A M A T   -

 

Tarikh: 14 Jamadilakhir 1441H / 8 Februari 2020M

Rujukan: KK/PR/3/1

Attachments