Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

DISINFECTANT Spraying devices

‚ÄčALAT PENYEMBURAN PEMBASMI KUMAN

 

Berikutan dengan notis Amaran Alat Kesihatan (Health Devices Alert) yang diterima daripada pihak ECRI iaitu sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan dalam meningkatkan keselamatan, kualiti dan keberkesanan penjagaan kesihatan; dan juga daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai alat penyemburan pembasmi kuman. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya premis-premis perniagaan untuk tidak menggunakan terowong pembasmian kuman (disinfectant tunnels), ruang pembasmian kuman (disinfectant chambers), kabinet pembasmian kuman (disinfectant cabinet) atau apa jua modaliti yang membabitkan penyemburan pembasmi kuman ke atas orang awam yang tidak memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

 

Pembasmian kuman melalui penyemburan boleh mengakibatkan kerengsaan atau kerosakan sementara pada kulit, mata dan sistem pernafasan melalui penyerapan melalui kulit, mata atau paru-paru.  Kesan negatif yang mungkin dihadapi hasil dari terdedah kepada kimia berkenaan termasuklah pening dan muntah, kesan kesihatan sementara atau kekal yang lain-lain tertakluk kepada bahan kimia yang digunakan pada penyembur. Jika terdapat individu yang mengalami kesan-kesan di atas dan merasa tidak sihat selepas menggunakan alat-alat berkenaan, mereka hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel kepada corp.comms@moh.gov.bn.

 

-T A M A T-

 

Rujukan         : KK/PR/3

Tarikh            : 29 Jun 2020M / 07 Zulkaedah 1441H

 sanitary tunnel.jpg

Contoh gambar bagi Alat Penyemburan Pembasmi Kuman

Attachments