Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

HEALTH Centers dedicated to be a Designated Flu Clinic

PENGUMUMAN MEDIA

PUSAT-PUSAT KESIHATAN YANG DIKHASKAN UNTUK MENJADI DESIGNATED FLU CLINIC


10 Zulhijjah 1441 bersamaan 01 Ogos 2020 – Berikutan dengan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dengan ini memaklumkan mengenai pusat-pusat kesihatan yang dikhaskan untuk menjadi designated flu clinic.

Mulai hari Isnin, 12 Zulhijjah 1441 bersamaan dengan 03 Ogos 2020, orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan bagi gejala berkaitan dengan batuk selsema bolehlah mendapatkan perkhidmatan tersebut di:
(1) Pusat Kesihatan Berakas
(2) Pusat Kesihatan Pengkalan Batu
(3) Pusat Kesihatan Seria; dan sebagai tambahan
(4) Pusat Kesihatan PAPHMWHB, Gadong


Keempat-empat pusat-pusat kesihatan ini adalah designated flu clinic, iaitu klinik khusus bagi menangani kes-kes flu.


Sehubungan dengan itu, waktu operasi serta kawasan tadahan yang diliputi bagi klinikklinik khusus tersebut adalah seperti berikut:

Pusat
Kesihatan
Hari Beroperasi Beroperasi Waktu Penduduk Kawasan Tadahan
Berakas ​ ​
Isnin – Khamis
& Sabtu
(kecuali hari
kelepasan awam)
7:45 pagi –
12:15 tengah hari
1:30 petang –
4:30 petang
1. Pusat Kesihatan
Berakas
2. Pusat Kesihatan Muara
Isnin – Khamis
& Sabtu
(kecuali hari
kelepasan awam)
6:00 petang –
9:00 malam
Terbuka kepada semua
Setiap hari Jumaat,
Ahad dan Hari-Hari
Kelepasan Awam
2:00 petang –
9:00 malam
Terbuka kepada semua
Pengkalan
Batu
Isnin – Khamis
& Sabtu
(kecuali hari
kelepasan awam)
7:45 pagi –
12:15 tengah hari
1:30 petang –
4:30 petang
1. Pusat Kesihatan
Pengkalan Batu
2. Pusat Kesihatan
PAPHRSB, Sg Asam
3. Pusat Kesihatan Jubli
Perak Sengkurong
4. Pusat Kesihatan Jubli
Emas Bunut
PAPHMWHB,
Gadong
Isnin – Khamis
& Sabtu
(kecuali hari
kelepasan awam)
7:45 pagi –
12:15 tengah hari
1:30 petang –
4:30 petang
Pusat Kesihatan
PAPHMWHB, Gadong
SeriaIsnin – Khamis
& Sabtu
(kecuali hari
kelepasan awam)
7:45 pagi –
12:15 tengah hari
1:30 petang –
4:30 petang
Daerah Belait



Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.


- TAMAT –


Rujukan : KK/PR/1
Tarikh : 10 Zulhijjah 1441 / 01 Ogos 2020


Attachments