Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

SOME services are back in operation in health centers

PENGUMUMAN MEDIA


PENGEMBALIAN SEMULA BEBERAPA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN DI PUSAT-PUSAT KESIHATAN


10 Zulhijjah 1441 bersamaan 01 Ogos 2020 – Berikutan dengan situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dengan ini memaklumkan mengenai pengembalian semula beberapa perkhidmatan-perkhidmatan di pusat-pusat kesihatan yang akan bermula pada hari Isnin, 12 Zulhijjah 1441 bersamaan dengan 03 Ogos 2020.


Berikut adalah makluman bagi pengembalian semula beberapa perkhidmatanperkhidmatan yang dipindahkan sementara sebelumnya untuk beroperasi semula di Pusat Kesihatan Berakas, Pusat Kesihatan Pengkalan Batu dan Pusat Kesihatan
Seria:

 

Bil. Perkhidmatan
1. Bahagian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi – Klinik Penyakit Kronik
2. Bahagian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi – Klinik General
3. Perkhidmatan Pengambilan Darah
4. Perkhidmatan Farmasi
5. Perkhidmatan Klinik Mata Komuniti
6. Perkhidmatan Permakanan Komuniti
7. Perkhidmatan Psikologi klinikal
8. Perkhidmatan Pergigian
Perkhidmatan terhad kepada prosedur tertentu sahaja, seperti:
(1) Kes-kes yang memerlukan rawatan segera atau kecemasan trauma pada
mulut dan gigi;
(2) Sakit gigi;
(3) Bengkak di mulut atau bahagian muka dan rahang; dan
(4) Pendarahan di mulut yang tidak dapat diberhentikan.


Sebagai makluman juga, perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Kesihatan PAPHMWHB,Gadong adalah berjalan seperti biasa. Manakala, Perkhidmatan Penjagaan KesihatanAsasi di Daerah Tutong adalah dikekal seperti biasa.

Sementara itu, Perkhidmatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak bagi Pusat Kesihatan Berakas dan Pusat Kesihatan Pengkalan Batu adalah dikekalkan buat sementara waktu di lokasi seperti berikut:


1. Pusat Kesihatan Berakas

Bil. Perkhidmatan Lokasi perkhidmatan:
1. Klinik Kesihatan Ibu dan AnakTingkat 5, Block 2G
Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong
Sum Ping
Waktu Beroperasi:
Isnin – Khamis & Sabtu
(kecuali hari kelepasan awam)
7:45 pagi – 12:15 tengah hari
1:30 petang – 4:30 petang

 

2. Pusat Kesihatan Pengkalan Batu

Bil. Perkhidmatan Lokasi perkhidmatan:
1. Klinik Kesihatan Ibu dan AnakPusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong
Waktu Beroperasi:
Isnin – Khamis & Sabtu
(kecuali hari kelepasan awam)
7:45 pagi – 12:15 tengah hari
1:30 petang – 4:30 petang

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.


- TAMAT –

Rujukan : KK/PR/1
Tarikh : 10 Zulhijjah 1441 / 01 Ogos 2020


Attachments