Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

WORLD Patient Safety Day Celebration

PENGUMUMAN MEDIA

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA 2020

 

29 Muharram 1442 bersamaan 17 September 2020 ­– Kementerian Kesihatan menyambut Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang diraikan pada 17 September setiap tahun. Tema sambutan bagi tahun ini adalah 'Keselamatan Pekerja Kesihatan: Keutamaan untuk Keselamatan Pesakit'.

 

Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman global mengenai keselamatan pesakit serta penglibatan orang ramai dalam keselamatan penjagaan Kesihatan.

 

Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Diamond Arch di Jerudong Park Playground telah dihiasi dengan lampu warna oren bagi memperingati sambutan tersebut.

 

 

- TAMAT  -

 

Rujukan         : KK/PR/1

Tarikh             : 29 Muharram 1442 / 17 September 2020


Attachments