Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Movement of phlebotomy services

PEMINDAHAN PERKHIDMATAN PENGAMBILAN CONTOH DARAH (PHLEBOTOMI) DI PUSAT KESIHATAN JUBLI EMAS KAMPONG PERPINDAHAN BUNUT

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada penduduk-penduduk yang menetap di kawasan tadahan Pusat Kesihatan Jubli Emas Kampong Perpindahan Bunut bahawa Perkhidmatan Pengambilan Contoh Darah (Phlebotomi) di pusat kesihatan tersebut akan berpindah ke Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong bermula hari Selasa, 03hb Januari 2017.

Orang ramai dan juga penduduk di kawasan tadahan Kampong Bunut dan Kampong Sengkurong bolehlah mendapatkan perkhidmatan Phlebotomi di Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong bermula 3hb Januari 2017. Perkhidmatan dibukakan bermula jam 7.00 pagi hingga 2.30 petang (setiap hari kecuali hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam). 

Perubahan ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha Kementerian Kesihatan untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan mengurangkan pembaziran (wastage) yang selaras dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu untuk memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui penyepaduan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur (consolidation of services, facilties and infrastructure) yang sedia ada.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemindahan ini, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.


Attachments