Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Appointment System at Jubli Perak Sengkurong Health Centre

Bermula pada hari Isnin, 6hb Mac 2017, Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong akan memulakan Sistem Perjanjian atau ‘Appointment System’.  


Dengan Sistem Perjanjian (‘Appointment System’) para pesakit akan diberikan perjanjian berjam untuk berjumpa doktor, dimana para pesakit boleh membuat perjanjian awal dengan menghubungi Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong di talian 2661067 / 8 / 9.


Para pesakit adalah dinasihatkan untuk datang 30 minit sebelum jam perjanjian yang diberikan. Waktu perkhidmatan Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong akan beroperasi seperti biasa dari 7.45 pagi sehingga 12.15 tengahari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang.


Perubahan ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha Kementerian Kesihatan untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan mengurangkan pembaziran (wastage) yang selaras dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu untuk memantapkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan melalui penyepaduan perkhidmatan, kemudahan serta infrastruktur (consolidation of services, facilties and infrastructure) yang sedia ada.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan perkhidmatan ini, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.


Attachments